Adakah anda mempunyai komputer lama di rumah atau di pejabat? Komputer lama yang sudah tidak digunakan mestilah di kitar semula. Pada zaman ini, semakin banyak program kitar semula e-waste dijalankan untuk mengelakkan pembuangan komputer lama. Terdapat banyak kelebihan jika anda mengitar semula e-waste.

E-Waste (E-Sisa) atau barangan buangan elektronik merangkumi peralatan elektrik atau barang-barang elektronik dalam keadaan rosak atau usang. Ini termasuk barang-barang elektronik seperti komputer dan printer sehingga ke perkakas rumah seperti ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, set televisyen dan banyak lagi. Kaedah yang betul untuk pelupusan barangan elektronik adalah penting agar dapat melindungi alam sekitar dan dapat mencapai masa depan yang lestari.

Antara kelebihan jika anda mengitar semula e-waste adalah:

Mengekalkan Sumber Semula Jadi

Apabila anda memilih untuk mengitar semula perkakasan elektronik lama, sekaligus komponen-komponen lama yang masih elok dapat digunakan untuk membuat produk baru. Oleh itu, tenaga dapat dijimatkan dan pencemaran dapat dikurangkan. Selain itu, gas rumah hijau yang dilepaskan juga dapat dikurangkan dan hal ini dapat menyelamatkan sumber semula jadi dan bahan mentah dari bumi.

Melindungi Alam Sekitar

Salah satu perkara yang dapat dijamin apabila anda mengitar semula e-waste adalah, alam sekitar dapat dijaga. Hal ini kerana, pusat kitar semula e-waste mengendali dan menguruskan bahan kimia beracun dengan betul seperti merkuri, plumbum dan kadmium yang terkandung dalam aliran e-waste. Dengan cara ini, alam sekitar dapat dijaga dan manusia juga akan terhindar daripada bahan kimia berbahaya yang mampu mengancam nyawa.

Mencipta Pekerjaan

Pusat kitar semula e-waste memerlukan pekerja yang mahir, oleh itu ia dapat mencipta peluang pekerjaan buat mereka yang memerlukan pekerjaan. Bukan itu sahaja, jika ramai orang mula untuk mengitar semula e-waste mereka, maka ia akan menambah di pasaran.

Menyelamatkan Tanah

Jika banyak terdapat pusat kitar semula e-waste, maka akan banyak jugalah tanah-tanah kosong yang dapat diselamatkan daripada dijadikan tapak pembuangan sampah. Hal ini sekaligus dapat menjadikan negara kita negara yang bersih daripada sampah sarap yang terbuang.

Penutup

Kesimpulannya, untuk mengelakkan e-waste daripada meningkat, komputer dan komputer riba lama yang sudah tidak digunakan hendaklah dikitar semula agar masalah ini dapat diatasi. Hal ini kerana, dengan mengitar semula e-waste, akan terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi.

Buat para pemilik komputer yang ingin menderma komputer, bolehlah melayari ke laman web HSC Global Ventures atau hubungi 019-6055560 (Encik Suhail) / 03-95441043 untuk berhubung dengan kami.