Masalah Biasa Komputer Riba dan Penyelesaiannya

Pada zaman sekarang, hampir kesemua orang mempunyai komputer riba ataupun laptop milik mereka sendiri. Kadang kala, peranti komputer riba sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri.

Di dalam artikel kali ini, masalah yang biasa terjadi pada laptop dan cara untuk menyelesaikannya akan diterangkan.

Kepanasan (Overheat) diikuti dengan Shut Down

Overheat boleh disebabkan jika komputer riba banyak digerakkan. Ini boleh menyebabkan pengambilan udara yang terhad ke kipas angin. Ia juga memberi peluang untuk mengheret habuk dan zarah asing ke dalam sistem penyejukan melalui portal kipas. Cara penyelesaiannya ialah dengan menggunakan komputer riba anda pada permukaan yang keras dan rata. Elakkan meletakkannya pada permukaan lembut yang mungkin menghalang laluan udara seperti dia atas tilam. Selain itu, anda juga boleh membersihkan kipasnya. Hadkan program yang anda guna pada satu-satu masa kerana semakin banyak program yang anda jalankan, semakin kuat ia harus berfungsi.

Blue Screen

Masalah blue screen ini sudah pasti banyak kali terjadi kepada ramai orang di mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks berwarna putih. Jika anda mengalami situasi ini, maka telah berlaku masalah kronik pada laptop anda. Penyelesaian untuk masalah ini biasanya adalah dengan reboot semula laptop anda. Selain itu, penyelesaiannya juga lebih bergantung pada punca masalah tetapi skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.

Prestasi Komputer Riba Perlahan

Ini adalah salah satu masalah yang paling kerap berlaku dan boleh dikaitkan dengan ruang hard drivemalware atau tanda kegagalan hardware. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh cuba menguruskan program, padam data dan uninstall perisian yang tidak perlu, bersihkan registry dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan prestasinya. Selain itu, anda juga boleh melayari blog ini untuk mengetahui tentang cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

Masalah Sambungan Internet

Masalah sambungan internet ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh anda lakukan cuba jalankan troubleshoot network untuk membantu diagnosis. Selain itu, anda juga boleh cabut plug router anda dan tunggu selama 10-20 saat sebelum memasang semula. Akhir sekali, buat kembali rangkaian anda dari awal untuk memastikan semua sambungan anda disediakan dengan betul.

Bateri Tidak Tahan Lama

Salah satu kebaikan komputer riba adalah ia merupakan sebuah komputer wireless, oleh itu kita tidak memerlukan wayar melainkan untuk mengecas baterinya. Adakah anda tahu bahawa bateri tidak akan rosak selama 4-5 tahun jika ianya dijaga dengan baik? Namun, ramai di antara kita yang risau baterinya akan cepat habis dan tidak tahan lama. Oleh itu, anda hendaklah mengelakkan amalan mengecas komputer riba anda seharian. Anda juga mestilah menggunakan komputer riba sepenuhnya sehingga baterinya habis dan barulah anda mengecas ia. Jika ia masih juga gagal, maka anda perlulah menggantikan ianya dengan yang baru.

Serangan Virus/Spyware 

Jika anda selalu aktif di atas talian, maka masalah ini bukanlah suatu yang baru buat anda. Oleh itu, setiap komputer riba mestilah memiliki sebuah program anti-virus untuk mengatasi masalah seperti ini. Sebagai contohnya, Windows Defender ialah perisian antispyware yang diaktifkan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan virus/spyware terbaru.

Penutup

Di atas merupakan beberapa masalah utama yang biasa dihadapi oleh orang ramai. Namun begitu, terdapat banyak juga masalah lain, lebih-lebih lagi buat komputer riba yang lama.

Jika anda memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Selain itu, anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures.