Search Engine Optimization (SEO) adalah salah satu cara untuk menjadikan blog dan website anda “popular”. Ianya merupakan komponen penting dalam memastikan website anda sentiasa menerima kunjungan trafik. Menurut Yoast, SEO ialah amalan mengoptimumkan penggunaan website anda agar ia mencapai kedudukan yang tinggi dalam hasil carian enjin Google atau enjin carian yang lain.

Seperti yang sedia maklum, enjin carian adalah alat yang sering digunakan untuk mencari pelbagai maklumat. Antara yang popular adalah seperti Google, Bing dan Yahoo. Jika website anda berada di halaman pertama hasil enjin carian, kemungkinan untuk orang mengunjungi website anda adalah sangat tinggi. Untuk mencapai ini, anda boleh menggunakan SEO.

Terdapat banyak manfaat SEO, antaranya ialah:

Menarik Perhatian

Jika pengunjung yang sedang mencari di internet, kemungkinan besar mereka akan berjumpa dengan website anda. Oleh itu, jika website anda keluar di halaman pertama hasil enjin carian, maka mereka akan lebih tertarik untuk pergi ke website anda.Bagi menarik perhatian mereka, targetnya adalah untuk menunjukkan kelebihan dan kepentingan membeli atau mengambil servis dari anda.

Trafik Ke Website Konsisten

Apabila berada di kedudukan yang atas pada halaman pertama, secara tidak langsung lambakan trafik akan memasuki website. Hal ini juga bergantung kepada “keywords” tertentu, iaitu ianya berbeza mengikut jumlah carian setiap keywords.

Jika keywords tersebut banyak carian, maka lebih tinggi trafik ke website anda, dan yang lebih penting adalah ianya akan lebih konsisten. Ini bermakna, akan sentiasa ada pengunjung yang melawat website anda. Ini lebih bagus jika dibandingkan dengan iklan berbayar sama ada di Google mahupun Facebook.

Pengunjung Lebih Berkualiti

Apabila pengunjung mendapati bahawa website bisnes anda mempunyai servis yang diperlukannya, maka ini bererti pengunjung yang datang ke website anda adalah pengunjung yang berkualiti.

Hal ini kerana, mereka berkemungkinan sudah bersedia untuk membeli atau melakukan sebarang transaksi. Ini dapat mengelakkan daripada scammer. Bukan sahaja dapat membantu membuat website anda popular, malah dapat juga meningkatkan keuntungan bisnes anda.

Website Dipercayai

Sebagaimana yang telah diketahui umum, pengunjung akan lebih percaya pada laman web yang berada di halaman pertama pada enjin carian. Ini akan meningkatkan kredibiliti website anda. Secara tidak langsung, lebih ramai pengunjung akan bertukar menjadi pelanggan anda.

Teknik Yang Dah Terbukti Berkesan

SEO adalah sebuah teknik yang terbukti berkesan kerana ianya bukan sahaja digunakan oleh syarikat kecil, malahan syarikat gergasi juga mengoptimumkan penggunaan SEO bagi laman web mereka. Mereka juga menjana keuntungan melalui SEO.

Penutup

Akhir kata, sudah jelas memang banyak kebaikan menggunakan SEO buat website anda. Sesebuah website sememangnya memerlukan SEO untuk membuatkannya popular.

Selain itu, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda dan juga servis untuk membina website, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures.