Website yang Boleh Dibina Menggunakan WordPress
WordPress ialah satu platform atau medium yang digunakan untuk membina website. Salah satu sebab mengapa ia sangat popular adalah kerana ia merupakan satu platform yang fleksibel dan mudah disesuaikan untuk membina website. Selain itu, ia juga mempunyai banyak plugins dan tema yang menarik. Menurut statistik, terdapat kira-kira 75 juta website yang telah didirikan dengan menggunakan WordPress oleh 409 juta pengguna.
Bermula dengan WordPress
Sebelum membina sebuah website, anda memerlukan hosting dan nama domain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak kelebihan jika anda memiliki website anda sendiri, terutama buat para peniaga yang mempunyai bisnes.
Oleh itu, dengan menggunakan WordPress, terdapat banyak jenis website yang anda boleh bina. Di entri kali ini, kami akan senaraikan beberapa jenis website utama yang sering dibangunkan dengan menggunakan WordPress.
-
Blogs
Blogs ialah sejenis website asas dan paling banyak dibuat. Salah satu tujuan utama WordPress dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu platform Blogging yang hebat. Sama ada anda ingin memulakan blog peribadi atau yang profesional, ia mempunyai banyak ciri dan pilihan yang anda boleh cuba.
-
e-Commerce
Website e-Commerce ialah website yang membolehkan anda membeli atau menjual produk dalam talian dengan mudah. Transaksi atas talian merupakan salah satu ciri khas yang memudahkan lagi para pengguna dan penjual. Sekarang, terdapat banyak variasi tema website e-Commerce di WordPress. Bukan itu sahaja, plugins seperti WooCommerce dan Easy Digital Downloads juga mampu membantu anda mencipta sebuah website e-Commerce yang hebat.
-
Knowledge-based
Selain itu, WordPress juga ada pilihan untuk membina website knowledge-based, sebagai contohnya Wikipedia. Biasanya, ia digunakan untuk tujuan dokumentasi dan anda boleh melanjutkan kandungan sebanyak yang anda suka.
-
Bisnes dan Syarikat
WordPress juga digunakan secara meluas untuk bisnes dan syarikat. Kebanyakan pengguna memilih ia kerana mereka ingin membina website yang bertujuan untuk promosi dan professional. Kita semua serba tahu bahawa terdapat banyak manfaat mempunyai website buat bisnes, oleh itu tidak kira samada bisnes anda kecil atau besar, dengan mempunyai sebuah platform professional seperti website mampu untuk memajukan bisnes anda.
-
Jobs Board
Pada zaman yang serba canggih ini, aktiviti mencari pekerjaan juga sudah dimodenkan dengan menggunakan internet. Jika anda bercita-cita untuk membina sebuah website job listing, WordPress merupakan jawapannya. Di sini, terdapat banyak ciri dan plugins yang mampu membuatkan penjagaan dan pengurusan website lebih mudah.
-
Forum dan Komuniti Online
Website jenis forum dan komuniti online adalah cara terbaik untuk membincangkan topik, memaparkan pertanyaan, mendapatkan jawapan dan banyak lagi. Dengan menggunakan WordPress, forum dapat dibina dan anda akan dapat meraih ramai pengguna kerana forum merupakan satu tempat hangat buat para pengguna internet.
-
Portfolio
Adakah anda seorang pereka, jurugambar ataupun web developer? Jika anda ingin mempamerkan karya dan hasil titik peluh anda dengan cara yang lebih mengagumkan, WordPress mempunyai penyelesaiannya. Ia mempunyai ciri galeri dan bahagian portfolio yang boleh anda gunakan untuk membina sebuah website portfolio yang menarik perhatian. Selain itu, website anda juga boleh diterapkan ciri e-Commerce, jadi mudah lah untuk anda berjual beli karya anda dengan pembeli yang berminat.
-
Berita dan Majalah
Kebanyakan berita dan majalah pada zaman sekarang telah memuat naik kandungan mereka ke internet dan lebih dikenali sebagai e-News dan e-Magazine. Jika anda berminat untuk membina sebuah website berunsurkan berita atau majalah seperti BBC News, Vogue dan People Magazine, maka WordPress lah jawapannya. Di sini, banyak tema dan perincian yang sesuai yang boleh dimuat turun untuk digunakan membina website berita dan majalah. Website seperti ini sangat menjimatkan kerana kos untuk mencetak beribu-ribu akhbar dan majalah sangat tinggi. Dengan website, semuanya dapat dijimatkan.
-
Podcast
Podcast ialah satu siri fail audio atau video untuk berkongsi cerita, idea, dan visi anda dengan khalayak ramai. Jika terdapat banyak platform yang dapat dipilih, WordPress adalah salah satu pilihan terbaik untuk ribuan pengguna. Hal ini kerana, ia dapat mencipta kehadiran sosial, mengurus semua fail, menambah langganan dan mengembangkan jumlah penonton. Selain itu, terdapat juga satu fungsi yang membolehkan pengguna untuk memuat turun fail melalui website anda. Ini merupakan satu sebab mengapa WordPress merupakan pilihan terbaik.
-
Kerajaan
Website Kerajaan bererti website yang dimiliki oleh kerajaan sesebuah negara. Pihak kerajaan mestilah mempunyai sebuah platform professional yang mampu memaparkan informasi dan maklumat dengan cara yang mudah untuk difahami oleh rakyat. Terdapat banyak negara yang menggunakan WordPress untuk membina website mereka, sebagai contohnya negara Sweden.
Penutup
Walaupun disenaraikan beberapa jenis website sahaja, namun masih terdapat banyak lagi jenis website yang boleh dibina menggunakan WordPress. Hal ini kerana, WordPress mampu menyokong apa jua jenis website yang anda ingin cipta.
Jika anda inginkan sebuah website buat bisnes anda, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Selain itu, anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures.