Kepentingan Website kepada Bisnes

Laman web merupakan satu medium perniagaan yang menjadi kewajipan untuk setiap bisnes yang dilakukan. Walaupun bisnes yang dijalankan tidak menggunakan perkhidmatan secara online, bisnes tersebut tetap memerlukan laman web.

 

Ramai yang masih tidak sedar kepentingan laman web untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Laman web ataupun website, adalah ibarat nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih meluas dan sistematik. Ada pelbagai kelebihan laman web yang berguna kepada bisnes anda.

Laman Web adalah Brochure Online Anda

Kebanyakan peniaga pada zaman sekarang masih menggunakan teknik lama untuk pemasaran bisnes mereka seperti mengedarkan brochure atau risalah secara fizikal. Hal ini bukan sahaja memerlukan tenaga kerja yang banyak, malah kos untuk mencetak risalah juga tinggi. Oleh itu, pemilik bisnes disarankan untuk membangunkan website untuk bisnes mereka sendiri. Segala informasi tentang bisnes boleh diletakkan dalam website.

Akses Enjin Carian

Pada zaman yang serba canggih ini, boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon pintar yang mempunyai sambungan internet. Menurut statistik, lebih daripada 50% orang akan melayari enjin carian seperti GoogleYahoo dan Bing untuk mendapatkan informasi tentang perkhidmatan yang diingini di sekitar mereka. Kita semua serba tahu bahawa laman web akan lebih mudah untuk dijumpai di enjin carian berbanding dengan media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Oleh itu, untuk menggalakkan bisnes anda mudah ditemui pelanggan, amatlah disarankan agar sebuah laman web bisnes anda ditubuhkan.

Kedai Sepenuh Masa

Selain itu, website juga berperanan sebagai kedai 24/7 365. Hal ini kerana, website anda tidak pernah tutup. Walaupun kedai fizikal anda tutup pada jam 5 petang, bisnes anda masih berjalan kerana para pelanggan masih boleh membeli menerusi online hanya dengan mengakses website anda. Dengan ini, anda hanya perlu fokus kepada pemasaran atas talian sahaja.

Pasaran Pelanggan yang Lebih Luas

Jika anda membuka kedai fizikal, anda hanya boleh menumpukan pasaran pelanggan di sekitar kedai anda sahaja. Namun, jika anda mempunyai website, pasaran pelanggan anda akan menjadi lebih luas dan besar. Hal ini kerana, website anda boleh dibuka di mana-mana sahaja asalkan terdapat rangkaian internet di kawasan tersebut. Malah, pelanggan dari luar negara juga mampu untuk menjadi pelanggan tetap anda, kerana mereka boleh membeli menerusi website bisnes anda.

Meningkatkan Kredibiliti Perniagaan

Perniagaan yang mempunyai website mempunyai kredibiliti sebagai sebuah perniagaan yang dipercayai dan diyakini. Dengan segala maklumat perniagaan yang tertera di sesebuah website seperti sijil perniagaan SSM, pelanggan anda tidak akan berasa ragu-ragu untuk berurusan dengan anda.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak manfaat website kepada bisnes anda. Jika anda menginginkan website buat bisnes anda sendiri, jangan malu untuk hubungi kami. Apa tunggu lagi? Hubungi kami di +603 9544 1043 atau kunjungi kami di HSC Global Ventures.