Komputer mungkin kelihatan berbeza pada luaran bergantung kepada model dan jenama, tetapi komponen yang dipasang adalah standard. Perbezaan utama di antara kebanyakan mesin adalah jenama perkakasan yang dipasang. Komponen perkakasan seperti kad video, pemproses (CPU), memori, papan induk (motherboard) dan cakera keras adalah sama untuk semua sistem komputer.
Dalam artikel kali ini, mari kenali beberapa perkakasan utama sesebuah komputer.
Central Processing Unit (CPU)
Apabila pengguna memberi arahan seperti menaip di papan kekunci, CPU membaca kod yang terlibat dan mengembalikan respons kepada pengguna. CPU bekerja rapat dengan memori, yang merupakan komponen yang menghantar data yang tersimpan ke unit.
Papan Induk (Motherboard)
Random Access Memory (RAM)
Cakera Keras (Hard Drive)
Cakera keras adalah peranti perkakasan yang menyimpan data utama dan biasanya paling besar dalam komputer. Sistem operasi, tajuk perisian, dan kebanyakan fail lain disimpan dalam cakera keras. Selain itu, cakera keras juga kadang-kadang disebut sebagai “C Drive” disebabkan oleh Microsoft Windows.Berbeza dengan RAM, cakera keras menyimpan datanya walaupun komputer dimatikan. Inilah sebabnya mengapa data anda masih boleh diakses walaupun anda telah mematikan komputer anda sebelum ini.
Kad Video
Penutup
Terdapat banyak lagi bahagian komponen perkakasan komputer yang lain, namun yang disenaraikan di atas adalah komponen perkakasan yang penting sahaja. Komputer mestilah dijaga dengan baik agar dapat digunakan dengan lama kerana komputer merupakan sebuah mesin yang berharga.
Akhir kata, jika anda juga memerlukan servis untuk membetulkan komputer riba anda dan juga servis untuk membina website, jangan berasa segan silu untuk hubungi kami di talian +603 9544 1043 / +6019 60 555 60. Anda juga boleh kunjungi kami di website kami iaitu HSC Global Ventures.